
Pusat Optometrist Di Kelantan
Amshar Optometrist merupakan pengedar sah bagi produk kanta berjenama terkenal dan berkualiti tinggi seperti HOYA, ESSILOR, KODAK dan PENTAX. Kanta yang berkualiti dapat memberi pengalaman penglihatan yang jelas dan selesa,selain ketahanan dan ciri-ciri tambahan yang lain.
Di premis-premis kami juga terdapat pelbagai bingkai cermin mata terkini dan sesuai untuk semua golongan. Kami juga merupakan pengedar rasmi bingkai cermin mata berjenama terkenal seperti Rayban, Renoma, Bonia, Sembonia, Alfio Raldo, dan banyak lagi.
Kini Amshar Optometrist telah berkembang dengan mempunyai 5 jenis cawangan di Tanah Merah, Pasir Puteh, Jeli, Tunjong dan Bandar Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.
10 Tahun Beroperasi
Sejak 2014 penubuhannya, Amshar Optometrist merupakan syarikat milik bumiputera sepenuhnya. Diasaskan oleh graduan lulusan Twintech International University College of Technology dalam bidang optometri, Puan Nur Sharadah bersama suami beliau Encik Mohd Amrie. telah membuka premis pertama dengan rasminya di Bandar Tanah Merah, Kelantan.
Pusat pilihan ramai
Amshar Optometrist ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan penglihatan yang terbaik kepada masyarakat sejajar dengan visi Amshar Optometrist untuk menjadi jenama yang menjadi pilihan hati pengguna di Malaysia.